Monday, August 23, 2010

Mercun oh mercun




Setiap kali tiba musim raya, maka ada saja berita kecederaan akibat mercun. Kenapa mesti musim raya baru dengar berita begini? Apakah bila tiada perayaan kilang-kilang yang mengeluarkan mercun tidak beroperasi?

Apa yang menyedihkan semua mangsa adalah bangsa kita sendiri, tidakkah kita malu dengan bangsa lain? Paling menakutkan mereka bukan saja bermain mercun yang dibeli malah ada yang lebih kreatif dengan membuat sendiri mercun-mercun tersebut. Apa yang menjadi persoalan bagaimana mercun-mercun ini boleh sampai ke tangan mereka. Jawapannya sudah tentu ada penjualnya, samada secara terbuka atau pun sembunyi. Bila ada penjual sudah tentulah ada pulak pembekalnya dan bagaimana bekalan-bekalan ini boleh lolos di bawa masuk ke negara kita.


Kita juga selalu mendengar berita pihak berkuasa berjaya menahan atau melumpuhkan atau merampas beribu-ribu stok mercun menjelang sesuatu perayaan. Apa yang menjadi tanda tanya kemanakah mercun-mercun tersebut selepas itu. Adakah dilupuskan atau sebaliknya? Mengapa tidak ditayangkan berita pemusnahan stok2 mercun ini sebagaimana dibuat terhadap cakera-cakera padat lucah yang dirampas telah dimusnahkan dengan jentolak.

Bukan nak menyalahkan sesiapa cuma kita sebagai warga Malaysia harus berkerja sama dan berkongsi maklumat jika terdapat penyelewengan dalam sesuatu perkara. Kita tidak mahu ramai anak bangsa kita yang mengalami kecacatan akibat bahana mercun ini.

No comments: