Monday, July 11, 2011

Awas! Jangan lakukan perkara ini semasa memandu



[cat.cats.funny.pussy.black.white.yellow.picture.pictures.lol.cute.fat.list.pics.kitty.kitten.kitties.sleep.lovely.fun.lolcat.computer.driver.driving857-duhlivery.jpg]

Awas! Perkara2 ini sangat pantang dilakukan ketika memandu. Menurut Lawakjenaka.com, anda akan mendapat bahaya jika masih degil dengan melakukan perkara2 di bawah :-


1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

BHO Blog : Haha, agak2 ada tak orang yang melakukan perkara sebegini semasa memandu?
sumber gambar: http://funny-cat-pics.blogspot.com



  

Friday, March 18, 2011

TANDA TANDA AWAL Tsunami

TANDA TANDA AWAL Tsunami TIDAK DISEDARI...KETIKA SEBEGINI IANYA BERLAKU...

Satu kejadian anih telah berlaku dipantai Acapulco, Mexico beberapa hari sebelum ini...Orang ramai yg datang ke pantai itu merasa agak hairan dan
mereka berebut rebut menangkap ikan dengan tangan yg terlalu banyak menghampiri tepi pantai.
Ribuan ikan sardin, ikan-ikan bilis dan anak anak ikan tenggiri berkumpulan merapati sepanjang pantai tempat peranginan Mexico itu. Baru
kini orang orang yg hadir itu berfikir dan mempercayai bahawa apa yg menjadi adalah berkait dengan tsunami yg melanda Jepun kelmarin.hanya menangkap dengan menggunakan tangan.
Nelayan-nelayan amat gembira dan sebuk dengan motorbot-motorbot kayunya, meninggalkan jaring-jaring yg mereka guna dan mereka hanya mengaut
ikan ikan dengan baldi sahaja.kawan ikan yg terlalu banyak kelihatan hitam macam minyak tumpah
Beberapa pakar percaya fenomena secara langsung adalah berkaitan dengan tsunami yg berlaku diJepun. Nelayan-nelayan menyifatkan fenomena pelik
ini dan arus luar biasa mempunyai kaitan kejadian tsunami yang meranapkan sebahagian dari Negara Jepun. Nelayan-nelayan di Acapulco mengatakan mereka tidak pernah melihat kawan ikan yg sebegini banyak berada berhampiran gigi air dimana mana pantai sekali pun.






Tuesday, March 15, 2011

Tsunami di Jepun di sebalik Al-Quran

1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Tsunami@Jepun

Pasukan Smart Berlepas ke Jepun Hari Ini

KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijadual berlepas ke Jepun pada pukul 6 pagi ini untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.
Pegawai Perhubungan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kamarul Zaman Ali berkata, pasukan tersebut dijadualkan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang menggunakan dua buah pesawat Hercules C-130 milik TUDM dengan membawa 55 pegawai dan anggota.
"Penerbangan untuk misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami itu terpaksa ditangguh sebanyak dua kali sebelum ini kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diuruskan.
"Tetapi hari ini (semalam) pasukan kita telah bersedia untuk memasuki negara tersebut bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di sana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kamarul Zaman berkata, pihak berkuasa Jepun telah memberi kebenaran untuk pasukan daripada Malaysia memasuki negara tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Tuesday, February 22, 2011

The Pocket Rocketman memang hebat


 MANCHESTER, England - "Tidak... tidak...tidak... saya tidak akan patah semangat." Demikian tegas pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang kini terlantar di Hospital Diraja Manchester di sini, selepas selamat menjalani pembedahan mengeluarkan serpihan kayu daripada kakinya.
Menurut pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, meskipun sedih dengan kemalangan tersebut ia tidak akan mematah semangatnya, apatah lagi mengalah dan berundur daripada sukan tersebut.
"Saya mahu cepat sembuh dan kembali berlatih," katanya dalam pertemuan dengan wartawan Malaysia di sini, semalam.
Menurut pelumba yang mendapat jolokan The Pocket Rocketman itu, kemalangan kelmarin merupakan yang terburuk dalam sejarah kariernya sebagai pelumba basikal negara.
"Semuanya berlaku dengan pantas tetapi apa yang berlaku adalah risiko yang perlu ditanggung pelumba. Saya bersyukur kecederaan tidak serius," ujarnya.
Menurut Azizulhasni, selepas menjalani pembedahan selama hampir satu jam bagi mengeluarkan kayu yang menembusi betisnya, doktor memaklumkan kayu tersebut tidak mengena bahagian utama badan seperti saraf tulang.
"Sebenarnya saya hendak cabut apabila melihat kayu di betis. Pada mulanya saya tidak terasa apa-apa tetapi selepas seketika saya terasa pitam sebelum rebah di trek selepas menamatkan perlumbaan tersebut," katanya.
Utusan Malaysia difahamkan ketika kemalangan berlaku Azizulhasni berada pada kedudukan baik untuk memotong pelumba Scotland, Chris Hoy yang memenangi perlumbaan akhir keirin Piala Dunia Klasik, kelmarin.
Azizulhasni menambah, beliau yakin kemalangan tersebut ada hikmahnya dan tidak akan menjejaskan peluang bertanding di Sukan Olimpik 2012.
"Sekarang kedudukan dalam ranking pun masih selamat dan saya harap dapat balik cepat untuk menjalani latihan," ujarnya.
Perbualan yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong serta Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad bertukar sebak apabila Azizulhasni seketika sempat berbicara buat pertama kali bersama ibu dan isteri selepas kemalangan tersebut.
Dalam pada itu, Shabery berkata, doktor memaklumkan kecederaan yang menimpa Azizulhasni merupakan kecederaan biasa.
"Mengikut perkiraan pakar dia mungkin boleh kembali berlatih dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya.
Beliau menambah, kerajaan sedia menghantar Azizulhasni menjalani lawatan ke luar negara jika perlu kerana dia merupakan prospek utama untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2012.
Dalam usia 23 tahun berbanding Hoy 33 tahun, Azizulhasni masih berada pada ranking pertama UCI.
Biarpun sekadar memenangi gangsa pada perlumbaan kelmarin, ia sudah memadai untuk membawa Azizulhasni mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Dunia Klasik buat kali ketiga. - Utusan

Wednesday, February 2, 2011

Apabila angin amarah bertiup...





KAHERAH - Sekurang-kurangnya satu juta penduduk berhimpun di serata Mesir semalam yang terdiri daripada pelajar, doktor dan penganggur dalam tunjuk perasaan paling besar bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.
Perhimpunan itu turut berlaku di bandar Iskandariah dan Suez.
Para penunjuk perasaan itu menolak janji pembaharuan yang dibuat oleh Hosni.
Ramai penunjuk perasaan itu melaungkan slogan revolusi dan selamat tinggal buat Hosni.
Tokoh pembangkang yang juga bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei berkata, Hosni perlu meninggalkan Mesir sebelum pihak pembangkang memulakan rundingan dengan pemerintah mengenai masa depan negara berkenaan.
"Dialog boleh dilakukan tetapi ia akan hanya berlangsung selepas pemintaan daripada penduduk dipenuhi dan yang pertama daripada tuntutan itu ialah Presiden Hosni perlu meninggalkan (negara Mesir)," kata ElBaradei kepada stesen televisyen Al Arabiya.
Pada Isnin lalu, Hosni berjanji tidak akan melakukan kekerasan ke atas para penunjuk perasaan selepas para penentang menggesa sejuta orang berhimpun di Kaherah.
Ramai penunjuk perasaan mengibarkan bendera Mesir, termasuk sebuah bendera tertera perkataan yang meminta Hosni berundur bersama Zine El Abidine Ben Ali.
Zine El Abidine tersingkir sebagai Presiden Tunisia akibat perhimpunan rakyatnya pada bulan lalu.
Ahli-ahli jawatankuasa demonstrasi di bandar Iskandariah memeriksa kad-kad pengenalan para penyokong mereka bagi mengelak anggota-anggota polis cuba mensabotaj perarakan mereka dengan menyamar sebagai penunjuk perasaan dengan tujuan untuk mencetuskan kekacauan.
Di satu sudut kawasan pula, sekumpulan penunjuk perasaan membawa keranda Hosni dalam tindakan simbolik sambil melaungkan slogan: 'Hosni telah mati tanpa pengampunan Tuhan'.
Sementara itu, PBB menganggarkan sekurang-kurangnya 300 orang telah terbunuh dalam pertempuran dengan anggota-anggota polis sejak rakyat Mesir bermula pada 25 Januari lalu.
Mereka menuntut supaya Hosni berundur dan menggesa demokrasi dan peluang pekerjaan baru diwujudkan di Mesir selain rasuah dan pencabulan hak asasi manusia dihapuskan.
Seorang lelaki yang baru keluar dari hospital selepas satu tangannya putus dalam tunjuk perasaan pada Jumaat lepas menyertai semula protes antipemerintah di Iskandariah semalam.
Tangan lelaki berkenaan, Osama Maghazi terpaksa dipotong selepas jari jemarinya hancur terkena tembakan peluru senapang polis Mesir.
Osama yang bekerja di pelabuhan berkata, dia sedang melintas semasa bantahan diadakan pada Jumaat lalu dan terperangkap dalam rusuhan yang tercetus.
"Adalah menjadi hak rakyat untuk menentukan takdir mereka," kata Osama yang berusia dalam lingkungan 30-an.
Menurutnya, dia gembira kerana perbuatan polis mencederakan tangannya mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran pada Jumaat lepas.
"Orang ramai menuntut supaya Hosni disingkirkan, Orang ramai melaungkan slogan satu suara, satu tuntutan," jelas Osama.
Para penunjuk perasaan juga menegaskan bahawa tuntutan supaya Hosni menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun adalah suara ramai dan bukan didorong oleh mana-mana parti politik.
Bagi menzahirkan realiti tersebut mereka menjerit kata-kata seperti tiada parti, tiada kumpulan dan ia merupakan revolusi pemuda Mesir.
Satu kain rentang besar yang tertera ayat: 'Kami (penunjuk perasaan) akan mati tetapi Mesir (negara) akan terus hidup.'
Hosni tidak disukai rakyat kerana pemerintahnya didakwa korup selain tiada perkembangan ekonomi dinikmati penduduk.
Ramai penduduk di Mesir miskin selain pemerintah melakukan penindasan politik terhadap para penentangnya. - Agensi