Sunday, December 12, 2010

AWAS!!!! SMS dari penipu

Macam-macam cara Penipu

Aku nak kongsi bersama tentang sms penipu yang aku dapat semalam. Kononnya ayah aku baru tukar nombor hp dan berada dalam kesusahan di balai polis, meminta aku topupkan rm30 ke no baru nya.
Apa yang musykil..sebenarnya setahu aku ayah aku tak pandai pun nak sms...yang dia tahu buat dan terima panggilan..nampak sangat kebodohan si penghantar tu. Tapi walaupun rm30 saje kalau 100 orang dpt diperdaya beliau dah dapat rm3000, bayangkan kalau 1000 orang. Aku tahu sms begini dihantar secara rambang, bagaikan orang memancing mencampakkan umpan di lautan..nasiblah ada tak ikan yang menyambar.

Tapi aku sedar ikan sekarang pun dah pandai membezakan umpan palsu atau pun tidak. Alhamdullillah dan diharap agar kita semua tidak mudah terpedaya dengan sms sedemikian. Mereka ini memang sentiasa memikirkan bagaimana cara nak menipu.

Ini contoh sms si penipu


2 comments:

~Eizny Ejan~ said...

sengal...
sabo je la..
huhu

anuar said...

Memang sengal..tahap gaban tu