Friday, August 13, 2010

Rintihan Palestine

Hari ini sudah masuk hari ke-3 puasa. Alhamdullillah dapat kita melaksanakan puasa dalam 2 hari yang lepas.
Di saat kita menjamu selera sewaktu berbuka puasa di bulan Ramadhan
, tidakkah kita terfikir nasib saudara kita di Palestin?
Apakah sajian yang mereka nikmati?
Apakah ada juadah beraneka jenis yang boleh dikongsi?
Adakah keselamatan mereka yang tengah mengerjakan ibadah terawih terjamin?
Hakikatnya mereka sentiasa diselebungi ketakutan, kegusaran, kelaparan dan tak kurang yang sedang meratapi kematian.

Inilah angkara kekejaman Zionis yang terus menafikan hak rakyat Palestin di bumi tumpah darah sendiri. Malahan tindakan ganas tentera Zionis ini telah mencabuli hak asasi kemanusian dan telah melakukan jenayah perang yang besar.

Dunia hanya melihat kekejaman Zionis tanpa ada kuasa yang berani menandingi negara kecil yang di benteng oleh kuasa-kuasa besar Yahudi ini. Badan-badan dunia yang besar seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti (PBB), Kesatuan Eropah (EU) serta Pertubuhan Sidang Negara-Negara Islam (OIC) kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis ini. Tentera Zionis yang telah disokong oleh Amerika Syarikat ini terus mengepung bumi yang berpenduduk 1.4 juta orang ini bagaikan penjara terbesar dunia tanpa sebarang perikemanusiaan.

Sebagai insan yang kerdil, kita hanya mampu berdoa pada yang Maha Kuasa agar keamanan hakiki menjadi milik mereka . Di samping sumbangan kebendaan yang dapat dihulurkan walaupun ada yang di halang, ada yang tak kesampaian tetapi atas niat murni kita tetap teruskan pemberian bantuan kemanusiaan ini
. Ini adalah tuntutan dan kewajipan kita bagi membantu saudara-saudara kita di Gaza. Sama-sama kita berdoa agar kekejaman Zionis ini dihentikan segera dan kejayaan dan kebebasan menjadi hak mutlak rakyat Palestine.



No comments: