Monday, January 31, 2011

Memberi salam dengan betul



Menurut Ustaz Zawawi Yusuf Baginda SAW memberi salam dengan lafaz " Assalamualaikum " dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap " Waalaikum salam warrahmatullahi wabarakatuh ".


Perlu diingat semasa menjawab salam selalu kita dengar begini " Waalaikum salam ". Ini adalah salah kerana jawap salam yang betul adalah " Waalaikumussalam ".

Apabila kita hendak berkirim salam kepada orang lain hendaklah kita berkata contohnya " Kirim salam, Assalamualaikum pada si polan " dan bukannya " Kirim salam kat si polan yer ".

Jangan pula memandai-mandai kita berkata " Kau tolong kirim salam maut kat dia yer ". Ayat tersebut walaupun dalam nada bergurau tetapi telah menyalahi syariat dan berdosa.

Selain itu janganlah kita tulis dalam sms atau emel ringkasan Assalamualaikum kepada A'kum kerana perkataan Akum adalah gelaran orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud " BINATANG " dalam bahasa Ibrani. 

Jika perkataan " Assalamualaikum " itu panjang hendaklah kita gantikan dengan "As Salam" dan bukannya " Salam ".



Thursday, December 23, 2010

Dalam kehidupan selalulah senyum

YESSSS....Hari ini dan esok..sampai bila-bila kita kena senyum..
Kalau sesiapa yang tak boleh nak senyum..nyanyi lagu ini..pasti akan senyum..

 Lirik Lagu Senyum – Malique & Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse
Lirik Lagu Senyum – Malique & Najwa 


Wednesday, December 15, 2010

Perodua New Car

Gempak...bila tengok model baru dari perodua..Tak dapat dipastikan bila dikeluarkan..dapat gambar-gambar dari facebook. Tapi memang mempersonakan...













Monday, December 13, 2010

KWSP Lancar Kempen Media Kedua Galak Pencarum Namakan Pewaris

Kepada sesiapa yang belum membuat penamaan atau belum mengemaskinikan penamaan eloklah berbuat demikian, jangan tunggu sampai hari esok...maklumlah ajal maut semua di tangan tuhan.

mStar Online : KWSP Lancar Kempen Media Kedua Galak Pencarum Namakan Pewaris

Sunday, December 12, 2010

AWAS!!!! SMS dari penipu

Macam-macam cara Penipu

Aku nak kongsi bersama tentang sms penipu yang aku dapat semalam. Kononnya ayah aku baru tukar nombor hp dan berada dalam kesusahan di balai polis, meminta aku topupkan rm30 ke no baru nya.
Apa yang musykil..sebenarnya setahu aku ayah aku tak pandai pun nak sms...yang dia tahu buat dan terima panggilan..nampak sangat kebodohan si penghantar tu. Tapi walaupun rm30 saje kalau 100 orang dpt diperdaya beliau dah dapat rm3000, bayangkan kalau 1000 orang. Aku tahu sms begini dihantar secara rambang, bagaikan orang memancing mencampakkan umpan di lautan..nasiblah ada tak ikan yang menyambar.

Tapi aku sedar ikan sekarang pun dah pandai membezakan umpan palsu atau pun tidak. Alhamdullillah dan diharap agar kita semua tidak mudah terpedaya dengan sms sedemikian. Mereka ini memang sentiasa memikirkan bagaimana cara nak menipu.

Ini contoh sms si penipu


Wednesday, December 8, 2010

Malaysia ke separuh akhir

Syabas untuk pemain-pemain Malaysia yang telah berjuang habis-habisan malam tadi, walaupun kita mengharapkan kemenangan Indonesia, tetapi pemain muda Malaysia tetap mebuktikan bahawa bolasepak Malaysia juga setaraf dengan kelompok negara Asean yang lain dengan membenam Laos 5-1.

Utusan Malaysia Online - Sukan



Walau siapa saja lawan di separuh akhir nanti samada Singapore, Filipines atau Vietnam, diharap pemain muda Malaysia dapat mengekalkan prestasi yang ada dan seterusnya berjaya pula membawa Malaysia ke akhir. Apa-apa pun kita sama-sama doakan kejayaan untuk pasukan kita.

Thursday, December 2, 2010

Lagu Best

Lirik Lagu Kalau Berpacaran Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet


Uda Dan Dara

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang                        
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Chorus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
Ulang Chorus
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
Ulang Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)